Thursday 10 February 2011

Kata-kata aluan

Askm Semua

KSCT adalah salah satu team basikal yang telah lama ditubuhkan. Tetapi sering kali menukar nama group diatas alasan-alasan tertentu.. Pada awalnya, team ni diberi nama CCMTB (Crows Country MTB) tetapi diatas sebab-sebab yang tertentu, CCMTB telah ditukar nama pula ke GBMTB (Gayo Bonar MTB).. GBMTB ini diilhamkan secara spontan oleh rider-rider kami. Selepas GBMTB, kami menukar semula nama team ni ke 3DS.

 3DS akan digunakan untuk mana-mana event yang kami masuk. Sebelum ditubuhkan team ini, kami semuanya FREE rider. Ikut saje kamana-mana event. Selalunya kami mengikut event yg diadakan oleh MPKj (Majlis Perbandaran Kajang) dibawah naungan Datuk Hassan Nawawi (Rakyat Malaysia pertama mengelilingi dunia dengan berbasikal secara solo). Kebanyakan rider-rider kami juga berkerja di MPKj. Itulah sedikit sebanyak yang dapat kami kongsi bersama dalam blog ini. Insyaallah kalau ada gambar-gambar lama yang masih ada, kami akan muatkan dalam blog kami ini. Sekian T.Kasih.

3 comments: